Oil & Gas and Marine Academy

Profile AKADEMI

  • Pengenalan
  • Visi & Misi
  • Objektif

PROFIL KORPORAT

Pengenalan Niats

AKEDEMI YANG MELATIH & MELAHIRKAN JURUKIMPAL MAHIR

NIATS Oil & Gas and Marine Academy ditubuhkan pada Julai 2013 sebagai sebuah Akademi Latihan bertaraf Kolej berkonsepkan ‘Teaching Factory’ yang menyediakan latihan kepada para belia lepasan sekolah khusus dibidang latihan ‘Oil & Gas’ dan ‘Marine’ yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.

 

NIATS beroperasi di Kawasan Perindustrian Seri Manjung – Daerah Perindustrian Pelancongan & Maritim terkenal di Perak.

 

TESTIMONI PERANTIS

Baca tentang beberapa kisah kejayaan di NIATS

Saidyna Ali Bin

Mohammad

Batch 11

April 2015- Oktober 2016

Suasana pembelajaran dan persekitaran di NIATS amatlah menarik dan menyeronokkan. Perantis akan diberi pendedahan asas mengenai kimpalan hinggalah mencapai tahap yang tertinggi. NIATS bukan sahaja melatih untuk menjadi seorang Welder malah ukuran juga diajar.

Muhamad Nur Ikmal Bin Mohd Azaman

Batch 11

April 2015- Oktober 2016

Saya bersyukur dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada NIATS OIL & GAS AND MARINE ACADEMY kerana memberi peluang kepada saya untuk mempelajari proses kimpalan SWAW dengan lebih mendalam. Kemudahan pembelajaran yang lengkap, sistematik dan tenaga pengajar yang mahir serta berdedikasi memberikan keyakinan kepada saya untuk terus mempelajari di bidang kimpalan ini. Semasa saya menunutut di NIATS pelbagai aktiviti menarik diadakan untuk perantis. Di sini saya ingin menyatakan bahawa permintaan terhadap bidang kimpalan adalah sangat tinggi dan peluang kerjaya yang dibuka untuk pelajar kursus kimpalan adalah sangat meluas. Akhir kata, saya berbangga menjadi sebahagian daripada perantis NIATS.

 

Azriel Iz'an Bin Ahmad Rashidi

Batch 14

September 2015-Februari 2017

Akademi NIATS merupakan platform terbaik untuk para pelajar mempelajari ilmu kemahiran kimpalan di mana pendedahan awal mengenai kimpalan diberikan secara jelas dan terperinci kepada para pelajar. Selain itu,tenaga pengajar di NIATS adalah professional dan mudah untuk didekati. Aktiviti luar kelas seperti program kesedaran , membina jati diri turut diadakan bagi persiapan awal kepada para pelajar sebelum menempuh alam pekerjaan yang sebenar.

Muhammad Amjad Bin Mohd Zamri

Batch 16

Disember 2015-Mei 2017

NIATS OIL & GAS AND MARINE ACADEMY menerapkan para pelajarnya untuk berdisiplin, berkebolehan dan berkeyakinan sebelum para pelajar menempuh dunia pekerjaan yang sebenar. Di samping itu, kemudahan prasarana yang selesa untuk para pelajar diesdiakan seperti kemudahan bay welding, kelas berhawa dingin, peralatan mesin yang berteknologi tinggi dan sebagainya. Di NIATS, pendekatan pembelajaran adalah mudah samada dalam bentuk teori mahupun amali.

Copyright © NIATS 2017. All rights reserved.

Follow Us @

Jabatan Pembangunan Kemahiran