Oil & Gas and Marine Academy

PRogram - program

AKEDEMI YANG MELATIH & MELAHIRKAN JURUKIMPAL MAHIR

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQs)

Soalan 1: Adakah NIATS menyediakan kemudahan penginapan dan keperluan pembelajaran sekiranya saya menyertai akademi ini?

Ya. Pihak NIATS menyediakan kemudahan penginapan hostel termasuk keperluan pembelajaran dalam bengkel latihan/bilik kuliah.

 

Soalan 2: Adakah yuran pendaftaran di NIATS hanya dikenakan sekali sahaja?

Ya. Yuran pendaftaran yang dikenakan kepada bakal perantis hanya sekali bayaran sahaja selama tempoh 18 bulan perantis mengikuti latihan di NIATS.

 

Soalan 3: Sekiranya saya tidak berkemampuan untuk menampung kos pembelajaran di NIATS, adakah pembiayaan pinjaman kewangan akan diperuntukkan?

Ya, pembiayaan pinjaman kewangan akan diperuntukkan kepada perantis yang berjaya memasuki program ini. Pembiayaan pinjaman kewangan akan diberikan oleh PERBADANAN TABUNG PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (PTPK) merangkumi yuran pengajian semasa termasuk Elaun sara hidup (ESH) yang diberikan secara bulanan ke dalam akaun simpanan perantis.

 

Soalan 4: Adakah pembayaran semula pembiayaan pinjaman kewangan perlu dilunaskan?

Ya. Pembayaran semula pembiayaan pinjaman kewangan perlu dilunaskan kepada pihak PTPK setelah perantis tamat mengikuti program selama 18 bulan bersama NIATS.

 

Soalan 5: Apakah program yang ditawarkan di NIATS? Bagaimanakah kaedah latihan dijalankan?

Program yang ditawarkan di NIATS adalah Teknologi Kimpalan & Fabrikasi | Prosess kimpalan Arka Logam – Tahap 3. Kaedah pembelajaran di NIATS adalah secara teori dan amali.

 

Soalan 6: Apakah sektor / industri yang menawarkan peluang kerjaya dalam bidang kimpalan ini?

Peluang kerjaya dalam bidang ini terbuka di industri Oil & Gas, pembinaan infrastruktur, pembinaan kenderaan laut, udara dan darat.

 

Soalan 7: Adakah aktiviti sukan dan riadah turut dijalankan?

Ya, aktiviti sukan dan riadah dijalankan untuk kecergasan stamina para perantis dari segi mental dan fizikal.

 

 

Copyright © NIATS 2017. All rights reserved.

Follow Us @

Jabatan Pembangunan Kemahiran